Sabtu, 30 Agustus 2008

ARTI SEBUAH SAHABAT

"Sahabat yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang
menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita
saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita
semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada
persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah
berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu
sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada
seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan
keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar
daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam
hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan
tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua
hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum
berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah
kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan
diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan
kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan
pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita.
Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun
tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain.
Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan
yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga
bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu
medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi
bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada
kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada
kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi
awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu,
berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan
kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang
tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana

dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

3 komentar:

Anonim mengatakan...

memiliki satu musuh sudah kelebihan. Tapi memiliki seribu sahabat masih kurang

Yayasan Nurul Huda mengatakan...

Berfikirlah positif kepada sahabatmu dan jangan berfikir negatif ketika ada kabar buruk menimpa sahabatmu sebelum kamu bertabayaun (klarifikasi) kepadanya.

radarsolo mengatakan...

Semoga tim kita bisa menjadi sebuah tim solid yang dilandasi persahabatan yang tulus dan ikhlas. Bravo selalu for my dream team. Allahu Akbar